Thursday, 2 October 2014

CARA BUAT CINCAU

Jeli cincau dibuat daripada pokok cincau (batang dan daun) yang dikeringkan. Pokok itu tidak ada di Malaysia. Kebanyakannya import dari China dan Indonesia. Cara mudah nak dapat daun cincau adalah di kedai ubat cina @ singseh.  Bahan selain daun cincau kering adelah air kapur dan juga tepung ubi. 

Basuh dulu 50 gm daun cincau  kering . Rendam dalam 2.5 liter iair campur sekali 15 ml air kapur masa rendam. Paling kurang rendam1 jam. Biasa orang rendam semalaman bagi  daun menjadi kembang dan  bau cincau naik. .

 Daun yang dah rendam lama tadi kita rebus dalam 10 liter air lebih kurang 45 minit. Kena kacau sebab ia menggelegak. Guna  periuk besar sikit . Warna  jadi hitam. Bau cincau memang sedap, jika hendak  wangi lagi boleh masukkan daun pandan masa rebus. 

Bila sudah siap rebus. Tapiskan hampas-hampas daun, ambik air (pati) sahaja. Perah-perah juga daun-daun tu bagi keluar banyak patinya.  


Bila dah siap ditapis tadi, bancuhkan tepung ubi 100 gram dengan 200 ml air dan masukkan air tepung kedalam rebusan pati  air cincau , kena kacau terus. Jangan tinggal  dalam 15 minit kacau.

Bila kacau tu mula-mula pati tu jadi likat dan kemudian macam bergentel-gentel. Janagn berhenti kacau, teruskan sampai cair semula dan jadi hitam pekat berkilat. Masa tu boleh dah nak matikan api.
  
Sebelum tu pastikan kontenar plastik  dah susun siap-siap. Sebab bila dah likat ni, cepat beku. Kaut gel  yang dah jadi macam gam dan masuk bekas. Tuang la ikut acuan/ bekas yang disukai. Biarkan sejuk sikit sebelum masuk dalam peti sejuk.
Kalau nak buat air cincau rebus daun kering tadi dengan air yang banyak. Boleh juga hampas yang diguna untuk dapatkan pati buat agar-agar cincau yang kenyal di guna lagi sekali. Rebus sekali lagi dengan air sampai mendidih. Tapis dan ambik airnya . Kalau pekat, boleh tambahkan air lagi. Kalau pekat rasa agak pahit bila minum.

2 comments:

  1. Ambil dari blog saya ye hehe.
    Ada silap pada sukatan air tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba buat tapi x jadi pun. Cair je x membeku.

      Delete