PRODUK CINCAU & SOYA
Thursday, 28 January 2016
Thursday, 9 October 2014
Friday, 3 October 2014
Thursday, 2 October 2014
CARA BUAT CINCAU
Jeli cincau dibuat daripada pokok
cincau (batang dan daun) yang dikeringkan. Pokok itu tidak ada di Malaysia.
Kebanyakannya import dari China dan Indonesia. Cara mudah nak dapat daun cincau
adalah di kedai ubat cina @ singseh. Bahan selain daun cincau kering adelah
air kapur dan juga tepung ubi.
Basuh dulu 50 gm daun cincau kering . Rendam dalam 2.5 liter iair campur sekali 15 ml air kapur masa
rendam. Paling kurang rendam1 jam. Biasa orang rendam semalaman bagi daun menjadi kembang dan bau cincau naik. .
Daun yang dah rendam lama tadi kita
rebus dalam 10 liter air lebih kurang 45 minit. Kena kacau sebab ia menggelegak. Guna periuk besar sikit . Warna jadi hitam. Bau cincau memang sedap, jika hendak wangi lagi boleh masukkan daun pandan masa rebus.
Bila sudah siap rebus. Tapiskan
hampas-hampas daun, ambik air (pati) sahaja. Perah-perah juga daun-daun tu bagi
keluar banyak patinya.
Bila dah siap ditapis tadi, bancuhkan tepung ubi 100 gram dengan 200 ml air dan masukkan air tepung kedalam rebusan pati air cincau , kena kacau terus. Jangan tinggal dalam 15 minit kacau.
Bila kacau tu mula-mula pati tu jadi
likat dan kemudian macam bergentel-gentel. Janagn berhenti kacau, teruskan
sampai cair semula dan jadi hitam pekat berkilat. Masa tu boleh dah nak matikan
api.
Sebelum tu pastikan kontenar plastik dah susun siap-siap. Sebab bila dah likat ni,
cepat beku. Kaut gel yang dah jadi macam gam dan masuk
bekas. Tuang la ikut acuan/ bekas yang disukai. Biarkan sejuk sikit sebelum
masuk dalam peti sejuk.
Kalau nak buat air cincau rebus daun kering tadi
dengan air yang banyak. Boleh juga hampas yang diguna untuk dapatkan
pati buat agar-agar cincau yang kenyal di guna lagi sekali. Rebus sekali
lagi dengan air sampai mendidih. Tapis dan ambik airnya . Kalau pekat, boleh tambahkan air lagi. Kalau pekat rasa agak pahit bila minum.
Wednesday, 1 October 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)